demi MASA

... apa erti aku menulis blog ... (marilah sama-sama kita baca dan hayati pengertian suratul Asr)

Wednesday, June 06, 2007

Fotoblog



Feel free to visit (and leave your comment) my fotoblog at mohdfarid.fotopages.com

Sunday, June 03, 2007

Kembali mengisi kekosongan


Dah lama tak bergambar, bercerita, menghantar khabar, mengirim berita jua bercerita. Cerita lama, cara baru. Kamera lama (ada lagi) dan kamera baru (teknik terkini). Untuk tatapan sanak saudara, sahabat handai, jua ingatan diri sendiri.

Thursday, November 16, 2006

Sukarnya usaha?

BANYAK tanggapan dibuat bahawa Islam agama berserah. Umat Islam adalah umat menyerah. Pergantungan kepada Tuhan yang tinggi menyebabkan pergantungan kepada nasib tanpa usaha. Doa umat Islam selalunya panjang tetapi ikhtiar umat Islam lazimnya pendek.

Menerima sesuatu walaupun menyalahi agama dikatakan rezeki. Terjadinya sesuatu walaupun kerana kesilapan sendiri dikatakan takdir Allah. Umat Islam sering memilih menjadi tangan yang menerima, lebih dari tangan yang memberi.

Sikap dan mind-set orang-orang Islam memang pelik. Ibadah solatnya hebat, kesan perubahan diri amat kerdil. Menuding kesilapan orang lain menjadi amalan, menginsafi kelemahan sendiri kurang berlaku. Kuman di seberang laut nyata nampaknya, gajah di bibir mata dilupakan saja.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Angan-angan tinggi, kemampuan melaksana kurang. Mencacat sesuatu ghairah belaka, melakukan pembaikan pantang sekali.

Sikap berserah kepada Allah tidaklah salah. Berserah tanpa usaha menjadikan umat kalah. Berserah bukan di awal usaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana mendapat sagunya. Alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Usaha mendatangkan ikhtiar. Ikhtiar dengan jiwa tawakal menjadikan manusia cekal. Cekal tanpa putus asa membolehkan manusia berjasa. Hujung kejayaan doa dipanjatkan. Antara usaha dan doa, Allah mengkabulkan hati-hati yang ikhlas.

Pergantungan kepada Allah adalah sesuatu yang wajar. Allah memberi manusia akal supaya manusia berfikir. Allah membekalkan manusia hati supaya manusia memiliki neraca pertimbangan.

Ilmu Allah (al-Quran) menjadi suluh kepada akal. Akal yang berkembang tanpa suluh hikmah menjadikan manusia meraba-raba. Pergantungan kepada Allah kerana Allah maha berkuasa dan perkasa. Pergantungan kepada manusia banyak kurangnya.

Doa tidaklah salah. Doa kata Nabi, ibu segala ibadah. Doa juga senjata untuk untuk orang-orang Mukmin. Doa tidak saja permohonan dan harapan, doa adalah usaha dan ikhtiar. Doa adalah dedikasi dan kesabaran. Doa adalah azam dan tekad. Doa adalah roh untuk berjaya.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu sendiri mengubah dirinya sendiri. Mengubah diri perlukan ilmu.

Ilmu yang benar dan bermanfaat mendukung akhlak. Ilmu tanpa akhlak sifatnya tidak membimbing. Ilmu tanpa nilai menjadikan manusia hilang pedoman. Al-Quran memberi manusia nilai.

Nilai-nilai Qurani mempedoman manusia jalan yang benar dan jalan yang salah. Mengembalikan diri kepada nilai-nilai Qurani meletakkan manusia sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Inilah asas kemajuan dan perubahan dalam Islam. Menolak fitrah bermakna menolak jalan Islam.

Rezeki adalah sesuatu yang baik datang dari Allah. Anugerah Allah ini diperoleh dengan niat yang baik, matlamat yang betul dan cara yang tidak menyalahi syarak.

Mengaitkan sesuatu sebagai rezeki dari Allah ialah menghubungkan usaha dan ikhtiar yang diredainya. Jalan berfikir seperti ini harus jelas supaya sesuatu yang baik dari Allah tidak disalahfaham atau disalahguna. Rahmat dan nikmat Allah adalah untuk kebaikan.

Kebaikan itu apabila dilimpahkan kepada yang berhak ia memberi barakah yang tinggi. Barakah sering menjadi hikmah yang hilang dalam usaha dan ikhtiar manusia.

Takdir Allah boleh berlaku pada sesiapa. Baik dan buruk adalah takdir. Ia terkandung hikmah. Kebaikan dari Allah yang tidak diterima dengan rasa syukur boleh menjadi musibah. Keburukan yang diterima, mendorong seseorang bersyukur ia boleh membawa kepada rahmah. Musibah dari Allah selalunya membawa ujian.

Bagi yang sabar, ia bakal mendapat jawapannya. Bagi yang gopoh dan gelojoh, menyebabkannya hilang pertimbangan. Hidup adalah suatu perjalanan. Ada ketika manusia melalui lebuh raya yang luas. Leka dan lalai boleh menyebabkan kemalangan. Ada ketika manusia melalui jalan yang kecil dan berliku. Berhati-hati menyebabkan perjalanan selamat.

Takdir jangan dipersalahkan. Takdir harus disyukuri. Hikmah dari takdir adalah sekolah hidup. Darinya manusia mengenal Allah dan mengetahui kekuasaan-Nya. Darinya manusia akan sentiasa berjiwa rukuk dan sujud serta berjiwa hamba.

Semangat kekhalifan menyebabkan putus asas tidak ada. Ikhtiar disertai doa, doa diiringi tekad dan azam yang tinggi menjadikan usaha diredai dan diberkati.

Tidak salah menjadi tangan yang menerima sekiranya seseorang itu berhak. Lebih mulia menjadi tangan yang memberi kerana ia menjadi orang yang bersyukur. Orang yang bersyukur memiliki harga diri.

Rahmat dan nikmat yang melimpah maksudnya untuk manusia. Rezeki tidak datang bergolek. Usaha dan doa tidak harus putus. Tangan yang memberi memakmurkan sedekah. Sedekah dari sumber yang halal adalah ibadat. Ibadat yang berterusan membawa berkat.

Bekerjalah remaja seolah-olah kehidupan itu 1,000 tahun. Hubungkan kerja sebagai ibadah seolah-olah kematian akan berlaku pada keesokan hari.

(Dipetik dari Bicara Agama karangan PROF. DR. SIDEK BABA, Utusan Malaysia Online - link)

Monday, November 13, 2006

Gear 2


Di kala warga Malaysia meraikan Aidilfitri di kampung halaman, kami yang diperantauan pun tak terlepas dari pengalaman balik kampung, cuma kampung yang berlainan dari kebiasaan. Perjalanan ke utara ala ke Kota Kuala Muda kali ini menuju ke Copenhage, merentasi German, tanah tumpah dan bumi kelahiran BMW. Oleh kerana kesibukan menyambut Aidilfitri di bumi Belanda, persiapan sang musafir hanya dapat dilakukan di pagi kedua hari raya, hari bertolak. Map ANWB, map Europe, route direction by viamichelin, kompas, makanan dan tak lupa, selimut dan bantal, khas buat penumpang first class. So we departed nearly 4pm after hours of delay from the original departure time (after subuh). Route in Holland is pretty simple, Voorschoten - Amsterdam - Apeldoorn. Ini je dah 2.5 hours (Shah Alam - Muar). And yes, there was traffic jam after Schiphol but the road was clear after exit to Almere. Refuelled at Shell near Apeldoorn and the day was getting darker. Masuk German, where speed limit is 'recommended' at 130kmh, perut dah lapar. Unfortunately, we got to travel for about 1 - 1.5hrs as no R&R found. Luckily, I saw big sinage of Burgerking far from the hiway and cari le jalan keluar. Rupanya it is an R&R but terkeluar sikit from hiway, so we had dinner there (fish burger + fries + hot cheese cucur). Continue the journey in the dark, pass Bremen but co-pilot dah ajak stop tido. Cannot...baru 3 hrs je, jauh lagi nak sampai copenhagen, so I we called an Ibis Hotel at Hamburg, Germany for the overnight stop. That took another 2.5hrs and reached there around 9.30pm.


Next day, after breakfast, we drove to the fish market nearby, opposite Hamburg port. Then drive and drive. Masuk Denmark, stop to exchange cash (they still use krone, not euro). Ada police road block but luckily dia org check passport jer (our Ducth driving license still in progress, so bawak Msian IC je as the driving license). Dipendekkan cerita, from Hamburg arnd 10.30am, we reached our destination at 4pm. So, in total, we have been on the road (plus sleep stop over) for 24hrs covering 1001.1 km... wow... bravo BMW!!!

Driving back was shorter. 984km in 9.5 hrs. Only few short stop for refuelling & short lunch, plus solat tepi kereta. Max speed 180kmh but more comfortable at 160-170kmh. Some people say this is normal or they have gone faster...if you have the same tought, sah u r mat rempit!!!

Sunday, September 17, 2006

Top Gear 01

Now, I would like the begin my own series of Top Gear, inspired from the famous UK series where the hosts tested few cars and give their own comment (sometimes bias). There was once when they refuse to comment even a single word (arrogantly) about Proton Savvy (well, this car deserve it, isnt it).

Most of my closest friends dah tau that I had no choice (I repeat, we had no choice, terpaksa) but to buy the above (real pic) car, one that we can afford. To recap, actually we wanted to have an MPV so that it will be easier and comfortable for us to ferry ourselves (2 ad
ults n 2 kids) + whoever our guest(s) is/are. So, Opel Zafira (Msia - Chev Nabira) was our first choice. Cari punya cari, we found out that it is very expensive (above our budget). The cheapest we found was EUR14k. Ada la yg within the budget but it was far far away, close to Germany border. So, what to do, we got to choose the 2nd option, but is our dream car, a BMW. Much cheaper (I am talking about 2nd hand cars), and most important, its a BMW - The Ultimate Driving Machine. Dipendekkan cerita, we bought the car and we are very happy with it. Buleh kata no problem so far. If there is any issue, just search thru the web and a lot of other bimmer will have the answer or would already had the answers.

Ok, thats the beginning of this series of top gear. The picture below was the one we initially showed our family abt our first (well, it shd be first and last) car in Holland....sedih kan....

Saturday, September 09, 2006

Tangan Yg Di Bawah

Majalah Jelita September 2006 memaparkan rencana Tangan Yg Di Bawah - Kuala Lumpur lubuk emas pengemis. Well, I havent seen the likes kat Holland so far, but I did in Paris (gambar di atas). But above all, yg mengemis ni seems like a muslim siap bertudung, tu yg spoil tu. I am not sure abt Paris, but kalau kat Holland, kerja kemas rumah je u can earn EUR10 per hour. Satu rumah buat la 3 hrs, satu hari 2 rumah = EUR60. Seminggu EUR300, sebulan dpt dah EUR1200.... kira byk tu, tak yah citer la kalau convert to RM.

Friday, September 08, 2006

demi MASA

Salam blog utk semua,

Hari ini, setelah pelbagai desakan, tekanan dan rintihan pelbagai pihak, maka dengan perasannya aku pun mula la tulis blog. Bukannya apa, tak sure nak which is the best for me, blog atau fotopages, forum atau mailing list... senang2, nanti aku buat website fanclub sendiri jer la.. semua ada kat situ. Apa pun, banyak jugak baiknya tulis blog nie, walaupun lama dah tau, tapi tak pernah ada niat dihati utk memblog. Sekurang2nya jadi monolog berhemah yg buleh dikongsi bersama. Org tak baca pun tak apa...paling tidak, jadi tazkirah pengingat utk diri sendiri selain buleh le pakai balik skill2 yg pernah aku belajar dulu... simple skills from basic education, but very precious to me...

Sedar tak sedar, dah 30 tahun perjalanan dunia Allah kurnia. Kalau usia persukanan, dah patut bersara dah. Kalau usia belia/syabab, dah dekat penghujung dah...sempat lagi nak grab 'kelebihan pemuda' in Islam.

Well, better be late than never ... "
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi, Setiap detik masa dalam amalan jua":

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

(Ini jam, bukan pizza)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada mesjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.